Ujian MEdSI Ambilan September Sesi 2013/2014

Ujian MEdSI adalah Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory].

Semakan Menduduki Ujian MEdSI Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan September Sesi 2013/2014 boleh dibuat di link berikut :

=>http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html

 

Info ringkas berkaitan ujian MEdSI

 

peperiksaan-medsi-dpli-2013

(i) Siapakah yang layak memohon ujian MEdSI?

Calon lepasan STPM/setaraf yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan berminat untuk mengikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di IPTA.  Calon-calon yang memenuhi syarat umum dan syarat khas, akan dipilih oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPT, KPTM) untuk menduduki ujian MEdSI.

(ii)Bagaimanakah cara untuk memohon menduduki ujian MEdSI?

Pihak KPTM akan menyiarkan iklan berkenaan tawaran permohonan untuk program pendidikan di IPTA (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Calon yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka secara atas talian (on-line) di laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

(iii)Bagaimanakah cara untuk menyemak status menduduki ujian MEdSI?

Calon yang memohon, perlu menyemak status menduduki ujian MEdSI di portal MPM. Calon perlu mengambil perhatian tarikh semakan status menduduki ujian MEdSI semasa iklan tawaran permohonan dan makluman oleh pihak JPT, KPTM di media massa. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MEdSI, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88706755/6766 atau laman web  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

(iv) Bagaimanakah cara untuk menyemak status calon untuk sesi temu duga (berjaya melepasi ujian bertulis MEdSI)?

Semakan panggilan temu duga disiarkan di laman  Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my). Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan temuduga, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88706755/6766 atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPTM (http://upu.mohe.gov.my).

 

medsi_2013

 

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI DAN TEMU DUGA

 

1.Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki

- Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
- Memakai kasut dan berstokin;
- Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
- Sandal/selipar tidak dibenarkan;

Rambut Lelaki

- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
- Fesyen rambut tidak keterlaluan;
- Rambut tidak boleh diwarnakan.

Etika Pakaian Perempuan

- Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
- Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
- Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
- Sandal/selipar tidak dibenarkan;
- Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.

Rambut Perempuan

- Rambut tidak boleh diwarnakan;
- Fesyen rambut tidak keterlaluan.

 

2. Membawa Kad Pengenalan /MyKad

- Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

 

3. Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI

- Calon diminta membawa Slip. Slip boleh dicetak melalui laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (http://www.upsi.edu.my)

Kegagalan membawa Slip boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.

 

4. Peralatan yang perlu di bawa untuk Ujian MEdSI
- Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut :

1. Pensil 2B
2. Getah Pemadam (Eraser)
3. Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru

Calon diminta membawa dokumen asal seperti berikut:

- Kad pengenalan/MyKad calon

 

medsi_2013

 

Clip to Evernote

Rahsia LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

Speak Your Mind

*