Soalan Temuduga SPA : Contoh Soalan Temuduga SPA Yang Sering Ditanya

Jika anda dipanggil menjalani seisi temuduga jawatan kerajaan, anda disyorkan bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah menghadiri seisi temuduga tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan minta rakan anda berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang bakal anda hadapi nanti semasa seisi temuduga sektor awam.

 

soalan_temuduga_spa

 

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti latar belakang & kelayakan calon, jawatan yang dipohon, berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dasar kerajaan, isu semasa dalam dan luar negara.

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon :

  • Sila perkenalkan diri anda secara ringkas?
  • Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
  • Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
  • Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
  • Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon :

  • Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
  • Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
  • Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

 

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan :

  • Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
  • Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
  • Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
  • Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Ke-10?
  • Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu luar negara :

  • Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan konflik penentangan Baju Merah terhadap kerajaan? Bolehkah anda terangkan apa sebenarnya yang berlaku di Thailand sekarang ini dan punca terjadi krisis tersebut?
  • Pada  pendapat  anda,  mengapakah  Barrack  Obama  berjaya diangkat  menjadi  Presiden  Amerika Syarikat?
  • Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari??
  • Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

 

Apa yang dikongsikan oleh kami adalah pengalaman beberapa rakan yang menghadiri seisi temuduga untuk dikongsi dengan bakal-bakal calon penjawat awam. Contoh soalan yang dinyatakan adalah merupakan soalan yang pernah ditanya kepada rakan kami semasa seisi temuduga jawatan sektor awam. Tidak semestinya panel akan bertanyakan soalan yang sama untuk seisi kali ini.

Dengan persediaan yang betul, insya-allah kejayaan milik anda. Usaha dan tawakal pada-NYA.

Salam kejayaan buat calon temuduga jawatan sektor awam 2013!

Clip to Evernote

Tips TERKINI Lulus Temuduga Kerajaan

Speak Your Mind

*