Resume Kerja : Latar Belakang Diri Calon

Dalam penulisan  resume atau latar  belakang diri, ianya merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga.Resume juga merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.

Resume juga bertindak dalam memperkenalkan diri anda kepada penemuduga dengan lebih berkesan dan cepat.Segala maklumat penting yang terdapat dalam resume amat berguna dalam mencapai kejayaan kelak dalam temuduga.

Apa itu resume?

Tidak faham dengan definisi resume? Ok,resume ialah satu dokumen rasmi peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan atau pemilihan sesuatu jawatan. Resume juga merupakan satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.

Maksud resume juga merangkumi kepada satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri serta sebagai satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan. Selain itu,resume juga dapat didefinisikan sebagai suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

 

 
Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh anda ialah menyediakan butiran-butiran seperti berikut:

Contoh :

a)Nama dan maklumat peribadi.
b)Alamat surat menyurat.
c)Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
d)Pencapaian dalam pendidikan.
e)Penglibatan dalam kokurikulum.
f)Anugerah serta kejayaan tertentu.
g)Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
h)Kemahiran serta bakat tertentu.

Seterusnya anda pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Contoh resume yang boleh dilakukan akan saya berikan selanjutnya nanti. Di akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan.Setelah itu, hasil terakhir resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu contohnya di atas kertas (A4 – 80 gram)

Antara komponen penting yang biasanya dimasukkan ke dalam resume ialah di antaranya :

1)Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
2)Gambar terbaru (saiz passport)
3)Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
4)Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
5)Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
6)Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai
dengan jawatan yang dipohon).
7)Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah,
kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
8)Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
9)Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
10)Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf
keahlian.
11)Penglibatan masyarakat / komuniti.
12)Penerbitan (jika ada).
13)Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
14)Kemahiran lain (menaip, komputer).
15)Lesen memandu (taraf / gred).
16)Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
17)Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara)

Clip to Evernote

Feed jawatankerajaa.com.my

Pakej Rujukan Temuduga Kerajaan versi 2014

Speak Your Mind

*