Peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41

Peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41 perlu diduduki oleh calon yang memohon mana-mana jawatan pegawai skim perkhidmatan Gred 41. Untuk tahun 2011, semua ambilan pegawai skim gred 41 harus melalui sistem baru ambilan kerajaan iaitu melalui ‘profiling’ setelah diumumkan sistem MyRecruitment. Sebenarnya sistem ini sudah pun mula dijalankan sejak tahun 2009 dan pada tahun 2010 telah melibatkan 12 jawatan gred 41 termasuk Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan lain-lain. Cuma tahun 2011 ini diperluaskan kepada semua 17 jawatan dan jawatan-jawatan yang diklasifikasikan di bawah ‘Bakat dan Seni’.

 

peperiksaan_perkhidmatan_awam

17 jawatan tersebut adalah;

  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
  • Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
  • Akauntan Gred W41
  • Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
  • Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
  • Pegawai Siasatan Gred P41
  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Pegawai Keselamatan Gred KP41
  • Penguasa Penjara Gred KX41
  • Pegawai Penguat kuasa Gred N41
  • Penguasa Kastam Gred W41
  • Pegawai Tadbir Gred N41
  • Pegawai Arkib Gred S41
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
  • Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
  • Pegawai Psikologi Gred S41
  • Pegawai Penerangan Gred S41

 

Melalui sistem MyRecruitment ini, calon harus melepasi 4 tapisan sebelum dilantik menjawat jawatan ini;

 

=>Tapisan online, semasa isi borang. Calon tak layak akan terus dibuang

=>Ujian bertulis termasuk ujian sahsiah dan minat

=>Assessment center

=>Temuduga

 

Semua ini bertujuan untuk menapis calon yang benar-benar layak bagi menjamin kualiti pegawai yang dilantik selain menampilkan ketelusan dalam pemilihan pegawai. Jadi seharusnya tidak muncul lagi isu ambilan kerana ‘kabel’, ‘kroni’ dan seumpamanya kerana 3 tapisan wajib ini harus dilalui sebelum sampai ke temuduga. Ke arah lantikan pegawai perkhidmatan awam yang berkualiti!

 

Adakah anda memohon mana-mana jawatan yang tersenarai di atas? Jika YA & melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda bakal dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41.

 

Panduan Umum Untuk Calon Peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41

Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,
ii. Kad Pengenalan;
iii. Pensil 2B, pen, pembaris, pemadam; dan
iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

Hanya calon yang melepasi tapisan ini akan dipertimbangkan untuk temu duga.

MAKLUMAT UJIAN

Peperiksaan ini mengandungi dua bahagian iaitu:

Bahagian I:
Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

Bahagian II:
Seksyen A – Sahsiah Diri

Bahagian I:
Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi isu politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan. Skop ini terlalu umum dan tiada bahan rujukan khusus.

Masa: 45 minit

Soalan: 60

Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:

i. Kemahiran Logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan

ii. Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii. Konsep Matematik
Konsep Matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia.

Masa: 45 minit

Soalan: 40

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur dari aspek:

(i) Kemahiran memindahkan maklumat
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran Tatabahasa dan Kosa Kata

Masa: 45 minit

Soalan: 40

Seksyen D – Esei Bahasa Melayu

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa: 1 jam

Soalan: 3 jawab 1

Panjang Esei: 300 hingga 500 perkataan

Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa: 1 jam

Soalan: 3 jawab 1

Panjang Esei: 200 hingga 300 perkataan

Bahagian II:

Seksyen A – Sahsiah Diri

Bahagian ini bertujuan untuk mengukur kesesuaian sahsiah calon untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menjawab kesemua soalan aneka pilihan. Calon perlu menjawab dengan jujur, berdasarkan kepada diri. Calon dinasihatkan agar tidak berfikir terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.

Masa : 40 minit

Jumlah Soalan : 200

Contoh Soalan

1. Saya merasa terganggu apabila orang lain mengganggu kerja saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

2. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Sumber : SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) [www.spa.gov.my]

Buat calon yang layak & dipanggil, kami mengucapkan selamat maju jaya & LULUS cemerlang untuk seisi Peperiksaan Perkhidmatan Awam Gred 41.

Clip to Evernote

Tips TERKINI Lulus Temuduga Kerajaan

Speak Your Mind

*