Peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Mengikut jadual terkini yang dikeluarkan oleh pihak SPA, satu peperiksaan kerja kerajaan bagi jawatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 bakal berlangsung pada 4 Jan 2014.

 

 

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN CALON LAYAK PEPERIKSAAN

 

 

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29


ARAHAN KEPADA CALON

 

1.Pada hari peperiksaan calon perlu membawa :

 

a.Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan

b.Kad Pengenalan

c.Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.

 

2.Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan dimulakan.

3.Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4.Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.

5.Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.

6.Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.

7.Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

8.Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

 

 

PANDUAN UMUM KEPADA CALON

 

Ujian khas ini mengandungi dua (2) Bahagian iaitu :

 

Bahagian I- Ujian Psikologi

 

Bahagian II – Kecenderungan

 

 

BAHAGIAN I – Sahsiah

 

BAHAGIAN II

Seksyen A – Pengetahuan Am

 

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah / Mathematics and Problem Solving

 

Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

 

 

BAHAGIAN I

 

Mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

 

Masa : 40 minit

 

Soalan : 185 (aneka pilihan)

 

 

BAHAGIAN I

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

 

Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan.Soalan -soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan dengan air safety hal ehwal semasa, politik, sosial, sains teknologi, sukan, ekonomi dan lain -lain perkembangan.

 

Masa:40 minit

Soalan : 50 soalan aneka pilihan

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai

 

A.Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra

B.Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail

C.Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah

D.Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

 

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH / MATHEMATICS AND PROBLEM

SOLVING

 

Ujian ini mengandungi 40 soalan berbentuk aneka pilihan.

Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak. Seksyen ini akan diuji di dalam Bahasa Inggeris.

 

Masa : 45 minit

Soalan : 40 soalan aneka pilihan

 

 

CONTOH SOALAN :

 

If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?

 

A.4

B.8

C.48

D.64

 

 

 

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

 

Aspek yang diukur ialah:

 

(i)Kemahiran memindahkan maklumat;

(ii)Kefahaman

(iii)Kemahiran tatabahasa dan kosa kata

 

Masa : 30 minit

Soalan : 25 soalan aneka pilihan

 

 

CONTOH SOALAN :

 

Choose the statement that best explains the sign.

 

A.Please remove your shoes before entering

.

B.Please leave your belongings at the security before entering.

 

C.You are not allowed to shop here.

D.You are not permitted to smoke here.

 

 

NOTA : Hanya calon yang LULUS Bahagian I dan II (Bertulis) akan dipanggil menduduki Bahagian

III (Ujian Lisan).

 

 

BAHAGIAN II

 

ORAL COMMUNICATION (APPTITUDE TEST)

Ujian ini bertujuan untuk menguji kebolehan seseorang calon untuk membaca dan memahami maksud perkataan dan idea yang berkaitan dengannya.

 

Ujian ini mengandungi 3 set soalan iaitu :

 

Set A

Set B

Set C

 

Ketiga-tiga set adalah berkenaan dengan perhubungan lisan (Oral Communication ). Ianya juga adalah untuk menguji kebolehan seseorang calon bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar dan fasih. Ini adalah untuk memastikan bahawa calon-calon mempunyai suara yang terang dan tegas supaya juruterbang dapat memahami arahan-arahan dengan jelas

Clip to Evernote

Tips TERKINI Lulus Temuduga Kerajaan

Speak Your Mind

*