Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27

Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 bakal berlangsung pada 18 Mei 2013 ini berdasarkan info portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [www.spa.gov.my]. Jika anda memohon jawatan Penolong Juruaudit Gred W27, anda boleh membuat semakan calon layak menduduki Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 di link berikut :

=>http://bit.ly/SemakanPeperiksaanPenolongJuruauditW27

Jika nama anda tersenarai sebagai calon peperiksaan tersebut, sekalung tahniah diucapkan. Gunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk mencapai cita-cita menjawat jawatan kerajaan dengan lulus peringkat saringan awal bagi jawatan ini, iaitu Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27.

 

peperiksaan_penolong_juruaudit_gred_w27

 

Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 diselia oleh Bahagian Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia. Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penolong Juruaudit Gred W27.

 

Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 ini melibatkan dua seksyen iaitu Seksyen A dan Seksyen B. Setiap kertas adalah penting untuk mengukur prestasi calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan ditemu duga sebelum layak diserap sebagai Penolong Juruaudit Gred W27.

 

Panduan Umum Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Juruaudit Gred W27

1. Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa :

(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
(ii) Kad Pengenalan.
(iii) Pensel 2B, pen dan pemadam lembut.
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.

2. Calon perlu berada di pusat peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan dimulakan.

3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.

4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau sebarang pertanyaan.

5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh minit selepas peperiksaan dimulakan.

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam

(i) Kertas OMR – bagi Seksyen A dan B

7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.

9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.

Clip to Evernote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>