Penolong Pegawai Perubatan : Lulus Cemerlang Seisi Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan – Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Penolong Pegawai Perubatan sebagai kerjaya pilihan buat lepasan SPM yang melepasi syarat kelayakan kredit dalam beberapa matapelajaran seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Salah satu bidang kerjaya di sektor awam, iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma – Latihan Penolong Pegawai Perubatan.

 

 

 

Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan pelatih program ini dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Bagi yang berminat boleh merujuk laman portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di www.spa.gov.my.

 

 

 

 

Calon yang layak akan dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga sebagai peringkat saringan memilih calon pelatih Latihan Separa Perubatan Gred U29. Calon yang terpilih akan menjalani latihan di kolej kejururawatn selama 3 tahun. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Terdapat pelbagai pilihan program yang ditawarkan di bawah Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

 

 

 

Pelatih yang berjaya lulus dalam tempoh pengajian 3 tahun Latihan Separa Perubatan akan diserapkan ke jawatan gred U29 di hospital atau klinik kesihatan KKM. Salah satu jawatan yang amat diperlukan adalah jawatan Penolong Pegawai Perubatan U29. Untuk menjawat jawatan ini, calon mestilah menjalani Latihan Penolong Pegawai Perubatan di bawah skim Latihan Separa Perubatan peringkat diploma.

Penolong Pegawai Perubatan

Adakah anda salah seorang calon yang dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan : Latihan Penolong Pegawai Perubatan atau anda berminat mengikuti program Latihan Separa Perubatan bagi mencapai impian bergelar staf paramedik di KKM dengan jawatan Penolong Pegawai Perubatan? Entri ini akan menerangkan secara ringkas tentang Latihan Separa Perubatan dan aspek-aspek penting yang berkaitan.

 

 

 

Bagi warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun dan melepasi syarat yang ditetapkan, anda berpeluang menempatkan diri anda sebagai pelatih Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29. Anda juga bakal mendapat pelbagai elaun & kemudahan sepanjang tempoh latihan serta berpeluang menempatkan diri sebagai penjawat awam. Untuk mendapat jawatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, anda perlu bermula dengan Latihan Separa Perubatan. Untuk bermula dengan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29 pula, anda perlu lulus seisi peperiksaan dan temuduga – iaitu peringkat saringan pemilihan pelatih Separa Perubatan.

 

 

 

Untuk lulus peringkat saringan pemilihan tersebut, anda akan melalui peperiksaan psikometrik yang meliputi 2 seksyen iaitu Seksyen A Sahsiah Diri dan Seksyen B Minat. Anda perlu menjawab sejumlah soalan bagi penilaian sahsiah diri dan minat yang ada pada diri anda. Berikut adalah pecahan soalan untuk setiap seksyen bagi peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

 

 

 

Seksyen A – Sahsiah Diri
Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 139

 

 

Anda perlu menjawab sebanyak 139 soalan dalam masa 40 minit. Seksyen ini bertujuan menilai sahsiah diri dan personaliti anda dalam proses pengambilan pelatih Separa Perubatan. Ia dibangunkan untuk menilai beberapa gagasan personaliti untuk jawatan Separa Perubatan.

 

 

Seksyen B – Minat
Masa : 20 minit
Jumlah Soalan : 227

 

 

Untuk seksyen ini terdapat 2 pilihan jawapan. Anda perlu menjawab bersesuaian dengan minat.

 

 

 

 

Peringkat seterusnya pula ialah temuduga secara individu oleh panel dari pihak SPA dan wakil Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif seisi temuduga ini ialah :

 

 

 

√    Menilai tahap kemampuan akademik & kemahiran yang dimiliki calon.
√    Menilai tahap pengetahuan dan kemahiran calon dalam bidang Separa Perubatan yang dipilih.
√    Menguji kemahiran komunikasi dan interaksi calon.
√    Menilai ciri-ciri kendiri, personaliti dan sahsiah calon.
√    Menguji tahap kemahiran berfikir dan kemahiran yang berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan.
√    Menilai kemampuan calon untuk menyampaikan idea / pendapat secara rasional, jelas, tepat dan padat.
√    Menilai kesesuaian kelayakan dan kemampuan yang dimiliki oleh calon dengan bidang yang dipilih.

 

 

 

Anda perlu melakukan persediaan rapi jika benar-benar ingin mengikuti program Latihan Separa Perubatan Gred U29 dan merebut peluang menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan. Tanpa persediaan rapi anda tak mampu ‘menyaingi’ calon-calon lain dan kemungkinan untuk anda gagal adalah tinggi. Majoriti calon yang gagal adalah kerana tiada rujukan lengkap dan efektif menerangkan secara khusus tentang format peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan.

 

 

 

Untuk seisi peperiksaan bertulis, kesemua calon akan melalui & menjawab soalan yang sama. Di seisi temuduga individu barulah calon akan ditanya soalan yang lebih spesifik kepada latihan yang dipilih atau tawaran bidang latihan yang diperolehi. Bagi calon latihan kejururawatan, soalan temuduga pastinya akan mempunyai beberapa perbezaan dengan calon latihan Penolong Pegawai Perubatan terutamanya soalan yang melibatkan aspek deskripsi tugas & skop kerjaya masing-masing. Oleh itu persediaan calon bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan bertulis, tetapi persediaan dalam menempuh seisi temuduga individu dilihat lebih penting kerana di seisi tersebut, penilaian secara khusus untuk bidang latihan yang dipilih calon akan dinilai.

 

penolong pegawai perubatan

Salam SUKSES dari kami buat bakal pelatih Separa Perubatan Latihan Penolong Pegawai Perubatan.

Clip to Evernote

Pakej Rujukan Temuduga Kerajaan versi 2014

Speak Your Mind

*