Penguasa Penjara Gred KX41

Penguasa Penjara Gred KX41 adalah salah satu jawatan kerajaan yang memerlukan calon melalui pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.  Jawatan kerajaan lain yang memerlukan calon menjalani pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan  :

 

  • Penguasa Bomba Gred KB41
  • Pegawai Keselamatan Gred KP41
  • Pegawai Penguatkuasa Gred N41
  • Pegawai Kesatria Gred S41
  • Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

 

Mengikut jadual peperiksaan edaran umum oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pemeriksaan fizikal, pancaindera & kecergasan bagi jawatan Penguasa Penjara Gred KX41 bakal diadakan pada 13/05/2013 – 16/05/2013.
penguasa_penjara_KX41

 

>>>KLIK SINI Untuk Semakan Calon Layak Pemeriksaan Fizikal & Pancaindera dan Kecergasan : Penguasa Penjara KX41<<<

 

Penguasa Penjara Gred KX41 merupakan jawatan kerajaan yang berada dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dalam skim perkhidmatan awam yang memerlukan kelayakan peringkat ijazah, sarjana atau PHD untuk memohon.

 

Syarat Kelayakan Jawatan Penguasa Penjara Gred KX41

 

a)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,924.18 ]

atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ]

b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

c)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

penguasa_penjara_gred_kx41

 

Deskripsi Tugas Penguasa Penjara Gred KX41

 

Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.

 

Untuk Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera, calon akan melalui ujian pemeriksaan seperti berikut :

 

=>Pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, BMI, ukuran dada-calon wanita dikecualikan).

=>Pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan, pemeriksaan buta warna).

=>Pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik, berkawad).

 

Bagi pemeriksaan kecergasan pula calon bakal melalui seisi ujian yang agak mencabar dan memerlukan persediaan rapi. Ianya merangkumi;

=>Larian 2.4KM dalam masa 12 minit untuk lelaki dan 15 minit untuk wanita

=>‘Pumping’ dalam masa 2 minit (30 kali untuk lelaki, 28 kali untuk wanita)

=>Lari ulang alik sejauh 10 meter (lelaki 10 saat, perempuan 12 saat)

=>Lompat (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)

=>Ketinggian minima bagi lelaki ditetapkan 162 sentimeter dan wanita 157 sentimeter.

=>Berat pula minima 48 untuk lelaki dan 46 untuk perempuan.

 

Penilaian ini diperlukan untuk lantikan jawatan-jawatan yang dikategorikan ‘jawatan fizikal’. Sudah pasti bila memohon anda sudah tahu syarat pengambilan dan mana-mana jawatan yang dikategorikan sebagai ‘jawatan fizikal’ ianya sedikit mencabar berbanding jawatan-jawatan yang lain.

Salam SUKSES buat calon bagi jawatan Penguasa Penjara Gred KX41.

Clip to Evernote

Pakej Rujukan Temuduga Kerajaan versi 2014

Speak Your Mind

*