Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

Anda dipanggil ke temuduga jawatan kerajaan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 pada 16/6/2013 – 28/6/2013?  Link semakan calon layak temuduga boleh dibuat di link berikut :

 

=>http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga.php

 

Syarat Lantikan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17    

 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM928.74 ]

dan

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17   

 

Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

 

 

Statistik Pengambilan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17

 

penguasa_kastam

 

Berdasarkan statistik dari Portal SPA, sejumlah 235,935 permohonan mengisi jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 telah diterima oleh pihak SPA. Calon yang dipanggil ke seisi temuduga yang akan berlangsung dari 16/6/2013 – 28/6/2013 adalah seramai 8,459 untuk merebut 109 kekosongan jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17. Calon simpanan pula adalah seramai 500 orang.

 

Melihat kepada statistik di atas, nyata sekali wujud saingan yang sengit. Bagi yang dipanggil ke seisi temuduga jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 ini, admin nasihatkan agar melakukan persediaan yang secukupnya agar mampu dan bersedia menghadapi ‘asakan’ soalan dari panel penemuduga kelak.

 

kastam

 

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada beberapa aspek seperti :

 

Latar belakang & kelayakan calon
Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Dasar kerajaan
Isu semasa dalam & luar negara.

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan latar belakang & kelayakan calon

 

=>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

=>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??

=>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

=>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…

=>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

 

=>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?
Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

=>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

 

 

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

 

=>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

=>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

=>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

=>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

=>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

=>Apakah tema bajet 2013?

 

 

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

 

Isu Semasa Dalam Negara

=>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

=>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?

=>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?

=>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

 

Isu Semasa Luar Negara

=>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.

=>Krisis yang berlaku di Syria.

=>Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

=>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

=>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece.

 

Untuk memantapkan lagi persediaan anda menghadiri seisi temuduga jawatan kerajaan, rujukan yang disyorkan adalah Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan yang mengandungi 5 modul lengkap untuk calon temuduga.

 

Turut mengandungi koleksi 85 contoh soalan & skema jawapan temuduga kerja kerajaan.

 

5 Modul Pakej LULUS Temuduga Jawatan Kerajaan

 

Modul 1 : Rahsia Persiapan Temuduga

Modul 2 : Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Secara Efektif

Modul 3 : Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Temuduga

Modul 4 : Kegagalan dan Kejayaan Temuduga (Kisah Realiti Dan Motivasi)

Modul 5 : Penulisan Resume Untuk Temuduga

 

KLIK SINI Untuk Memiliki Pakej LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

Clip to Evernote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>