Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

1.a) Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(Jawatan Kader Kementerian Pelajaran Malaysia di Jabatan Perdana Menteri)

pegawai_pendidikan_siswazah

b) Gred : DG 41

c)Kod Skim : 1188

d)Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia

e)Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

f)Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan

2.Jadual Gaji :

Minimum – RM1,916.31
Maksimum – RM5,474.81

3.Kekosongan : 125 kekosongan di Pusat Anak PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri di seluruh Malaysia

4.Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a)Warganegara Malaysia

b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c)i)Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

atau

ii)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan

iii)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5.Taraf Jawatan : Kontrak (6 – 12 bulan) :

Calon yang berjaya akan dilantik berkhidmat secara kontrak selama 6 hingga 12 bulan dan calon yang berkhidmat dengan cemerlang selepas 6 bulan akan diperaku ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk lantikan tetap.

6.Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan pendidikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7. Cara Memohon :

Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang http://www.jobsmalaysia.gov.my.

8.Tarikh Tutup Iklan :

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2013.

9.Permohonan Yang Dipertimbangkan :

a)Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga

b)Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang terlibat bagi calon-calon yang akan menghadiri temuduga ini

c)Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya

Maklumat Tambahan:

Graduan pendidikan (termasuk dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta) yang memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan dalam syarat lantikan seperti di perenggan 4, berminat untuk mengisi jawatan ini dan telah memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 sebelum ini melalui portalJobsMalaysia, hendaklah membuat permohonan semula dalam tempoh iklan ini.

Clip to Evernote

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>