Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa Perubatan merupakan 1 program yang disediakan oleh pihak SPA bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam sektor kesihatan. Salah satu bidang kerjaya di sektor awam yang memerlukan ramai calon ialah pelatih program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma.

 

 

Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengambilan pelatih program ini dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Calon yang layak akan dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga sebagai peringkat saringan memilih calon pelatih Latihan Separa Perubatan.

 

Calon yang terpilih akan menjalani latihan di kolej kejururawatn selama 3 tahun. Sepanjang tempoh latihan pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Terdapat pelbagai pilihan program yang ditawarkan di bawah Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

images
Adakah anda salah seorang calon yang dipanggil untuk seisi peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan atau anda berminat mengikuti program Latihan Separa Perubatan? Entri ini akan menerangkan secara ringkas tentang Latihan Separa Perubatan dan aspek-aspek penting yang berkaitan. Bagi warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun dan melepasi syarat yang ditetapkan, anda berpeluang menempatkan diri anda sebagai pelatih Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29.

 

KLIK SINI UNTUK KOLEKSI 250 CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERAJAAN

 

 

Anda juga bakal mendapat pelbagai elaun & kemudahan sepanjang tempoh latihan serta berpeluang menempatkan diri sebagai penjawat awam. Untuk mendapat jawatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, anda perlu bermula dengan Latihan Separa Perubatan. Untuk bermula dengan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Gred U29 pula, anda perlu lulus seisi peperiksaan dan temuduga – iaitu peringkat saringan pemilihan pelatih Separa Perubatan.

 

Untuk lulus peringkat saringan pemilihan tersebut, anda akan melalui peperiksaan psikometrik yang meliputi 2 seksyen iaitu Seksyen A Sahsiah Diri dan Seksyen B Minat. Anda perlu menjawab sejumlah soalan bagi penilaian sahsiah diri dan minat yang ada pada diri anda. Berikut adalah pecahan soalan untuk setiap seksyen bagi peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

 

Seksyen A – Sahsiah Diri
Masa : 40 minit
Jumlah Soalan : 139

 

Anda perlu menjawab sebanyak 139 soalan dalam masa 40 minit. Seksyen ini bertujuan menilai sahsiah diri dan personaliti anda dalam proses pengambilan pelatih Separa Perubatan. Ia dibangunkan untuk menilai beberapa gagasan personaliti untuk jawatan Separa Perubatan.

 

Seksyen B – Minat
Masa : 20 minit
Jumlah Soalan : 227

 

Untuk seksyen ini terdapat 2 pilihan jawapan. Anda perlu menjawab bersesuaian dengan minat.

 

nurse-jururawat
Peringkat seterusnya pula ialah temuduga secara individu oleh panel dari pihak SPA dan wakil Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif seisi temuduga ini ialah :

 

√    Menilai tahap kemampuan akademik & kemahiran yang dimiliki calon.
√    Menilai tahap pengetahuan dan kemahiran calon dalam bidang Separa Perubatan yang dipilih.
√    Menguji kemahiran komunikasi dan interaksi calon.
√    Menilai ciri-ciri kendiri, personaliti dan sahsiah calon.
√    Menguji tahap kemahiran berfikir dan kemahiran yang berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan.
√    Menilai kemampuan calon untuk menyampaikan idea / pendapat secara rasional, jelas, tepat dan padat.
√    Menilai kesesuaian kelayakan dan kemampuan yang dimiliki oleh calon dengan bidang yang dipilih.

 

Anda perlu melakukan persediaan rapi jika benar-benar ingin mengikuti program Latihan Separa Perubatan Gred U29 dan merebut peluang menceburi bidang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanpa persediaan rapi anda tak mampu ‘menyaingi’ calon-calon lain dan kemungkinan untuk anda gagal adalah tinggi. Majoriti calon yang gagal adalah kerana tiada rujukan lengkap dan efektif menerangkan secara khusus tentang format peperiksaan dan temuduga Latihan Separa Perubatan.

 

latihan_separa_perubatan

 

 

Clip to Evernote

Pakej Rujukan Temuduga Kerajaan versi 2014

Speak Your Mind

*