Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa Perubatan adalah latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi calon-calon yang berminat untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM). Calon perlu melepasi peperiksaan & temuduga bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan.

360

 

Setiap tahun, pengambilan dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun. Program latihan ini menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada warganegara Malaysia yang layak berusia antara 17 hingga 25 tahun atau pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat perlu berusia tidak melebihi 51 tahun. Keutamaan diberikan kepada lepasan SPM baru-baru ini.. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jururawat
Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Untuk peringkat diploma, mereka yang terpilih akan menjalani latihan 3 tahun, manakala 2 tahun bagi sijil. Latihan diberi secara percuma dan diberikan biasiswa sepanjang pengajian.

Berikut adalah antara kemudahan & elaun yang dinikmati pelatih separa perubatan sepanjang tempoh latihan.

Biasiswa & Kemudahan Semasa Menjalani Latihan Separa Perubatan
Biasiswa Bulanan (program bertaraf diploma) RM 621.21
Elaun Buku (setiap tahun) RM 250.00
Elaun Alat Perkakas (sekali sahaja) RM 25.00
Elaun Kertas Projek (setiap tahun) RM90.00
Penginapan & Pakaian Seragam.

Selepas berjaya menamatkan latihan, pelatih dijamin pekerjaan tetap dan ditempatkan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

images

Untuk melayakkan calon berjaya mendapat latihan separa perubatan ini, ada 2 sessi penilaian akan mereka lalui. Pertama, ujian bertulis, dan kedua, sessi temuduga individu.

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

 

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam

 

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan.

 

Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

 

a.Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

 

b.Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

 

c.Memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

latihan_separa_perubatan

 

Tempat Latihan Program Separa Perubatan :  

 

  • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  • Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  • Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  • Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

 

Clip to Evernote

Rujukan Lengkap Exam Online Penguasa Kastam W41

Speak Your Mind

*