Latihan Jururawat : Temuduga Pada 25 Feb – 1 March 2013

Pihak SPA telah mengumumkan tarikh temuduga bagi pemilihan pelatih latihan jururawat akan berlangsung pada 25 Feb – 1 March 2013.

=> Semakan layak temuduga latihan jururawat klik SINI

 

latihanjururawat

 

Lihat pada statistik SPA bagi Latihan Jururawat.

 

Seramai 261423 permohonan diterima. Seramai 865 calon dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan sebanyak 100.

 

Berikut adalah info berkaitan Latihan Separa Perubatan – Latihan Jururawat.

 

LATIHAN JURURAWAT

 

Jantina : Lelaki dan Perempuan

 

Tempoh Latihan :

  • 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • 1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)

 

Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan*

*Dalam Bajet 2013, kerajaan telah mengumumkan kenaikan sehingga 88% elaun bulanan pelatih Separa Perubatan dalam bidang latihan tertentu.

 

Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Tempat Latihan :  

 

  • Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
  • Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
  • Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
  • Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
  • Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
  • Kolej Kejururawatan Melaka
  • Kolej Kejururawatan Muar, Johor
  • Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
  • Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
  • Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
  • Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
  • Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

360

Syarat Latihan :    

 

a.Warganegara Malaysia

 

b.Umur

 

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

c.Kelayakan

 

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

d.Keutamaan

 

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

 

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :           

 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

 

mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

 

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

 

berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

 

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

 

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 4 tahun.

Clip to Evernote

Rahsia LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

Speak Your Mind

*