Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27

Contoh soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 buat rakan-rakan yang mendapat panggilan menghadiri seisi peperiksaan tersebut pada 18 Mei 2013 ini. Semoga tips dan panduan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 yang dikongsikan ini dapat memberi manafaat. Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan lain yang pernah menghadiri seisi peperiksaan jawatan tersebut untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan contoh soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27.

 

peperiksaan_penolong_juruaudit_gred_w27

 

Sukatan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Penolong Juruaudit Gred W27

 

Peperiksaan ini terdiri daripada :

 

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada dua seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai pengauditan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi maklumat, pentadbiran kerajaan, sosial dan lain-lain perkembangan semasa.

 

Contoh Soalan Pengetahuan Am Seksyen A Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27

 

1. Jabatan Audit Negara ialah sebuah jabatan di bawah :
A Jabatan Perdana Menteri.
B Jabatan Perkhidmatan Awam.
C Kementerian Kewangan Malaysia.
D Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Jawapan : A

 

2. Berikut merupakan firma perakaunan terbesar di dunia, kecuali :
A KPMG.
B Lloyds.
C Ernst & Young.
D PricewaterhouseCoopers.

Jawapan : B

 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik Menggunakan
(ii) Kemahiran Menginterpretasi data
(iii) Konsep Matematik

 

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

 

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen B Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27

 

1. Hitungkan jumlah bagi nilai digit angka 6 dan 9 dalam nombor 56 789.

A 609
B 6009
C 6090
D 60 009

Jawapan : B

 

2. Yang manakah tidak benar?

A 1/8 = 0.8
B 3/5 = 0.6
C 2/10 = 0.2
D 11/10 = 1.1

Jawapan : A

 

Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27

 

contoh_soalan_peperiksaan_penolong_juruaudit_gred_w27

 

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini :

 

=>Soalan Objektif (Soalan-soalan Seksyen A dan B)

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan.

Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan.

(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 adalah lebih baik.

Pihak jK berharap entri blog yang berkisar kepada contoh soalan Peperiksaan Bertulis Penolong Juruaudit Gred W27 dapat memberi manafaat buat calon-calon membuat persediaan menghadapi seisi peperiksaan kelak.

Clip to Evernote

Feed jawatankerajaa.com.my

Pakej Rujukan Temuduga Kerajaan versi 2014

Speak Your Mind

*